CINTA SEORANG SUAMI... Based on True Story.. Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkansudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi denganmerawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudahlebih 32 tahun Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelahisterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama duatahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidakbertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, danmengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supayaisterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinyatersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidakbegitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepasmaghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang diaalami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), paksuyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau denganisterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawatisterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekaranganak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua merekasambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluargamasing-masing. Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkanhanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami inginsekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dantidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidakizinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......... "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasaibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak denganberkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawatibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulungmerayu. Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kaliandi sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkankalian..." S ejenak kerongkongannya tersekat ... "Kalian yang selalu kurindukan hadirdi dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagiameninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawatoleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihatbutiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnyamata suami yang sangat dicintainya itu... Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untukmenjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara punmengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidakmampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yangkebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru... Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuahcinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur... Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihatdiapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir danbatinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 oranganak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah ... Dan itu merupakanujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atassajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... . Nor Erma Binti NordinPenolong Pegawai Teknologi MaklumatPerpustakaan Hamdan TahirKampus KesihatanUniversiti Sains Kubang KerianKelantanExt : 09-7664761 |
Any suggestion please direct or forward to Fizisma@gmail.com
Sunday, November 23, 2008
CINTA SEORANG SUAMI....
Sunday, November 16, 2008
Pesanan
|
Thursday, October 16, 2008
GENERAL INFO - Gula
From: Norhisham Said
Sent: Thursday, October 16, 2008 2:54 PM
Subject: GENERAL INFO - Gula
Gula dan Bahayanya |
Tuesday, September 23, 2008
SURAH AL-IKHLAS...sampailah
|
SaLam AiDiL Fitri

Cerita Tentang MALAS-SELINGAN.
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Dari aku.
Tuesday, September 16, 2008
Al Fatihah
Al - Fatihah
TARIKH NAMA ULASAN
08/03/2006 OMAR BIN HASHIM SAKIT
12/03/2006 JASMI BIN TAIB SAKIT
13/09/2006 SHAARI ( PAK WA ) SAKIT
21/03/2007 HAMZAH (PAK UCUK ) SAKIT
04/2007 HATIJAH HARUN ( JAH UN ) SAKIT
04/2007 AZIZ BIN CHE DIN SAKIT
08/12/2007 TIJAH BT ABD AZIZ SAKIT
08/2008 SYARILL JEFFRI BIN JOHARI KEMALANGAN
Profil Kampung
Terletak dikawasan yang stratigik untuk membangun ..
Akan terbinanya pusat –pusat pendidikan seperti Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Smk Al Mashor, Politeknik,Pusat latihan Juru Rawat ,Pusat latihan Bomba,Pusat Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) dan lain-lain lagi.
Berhampiran dengan Lebuh Raya Balik Pulau secara tak langsung telah membuka peluang kepada anak-anak kariah untuk menceburi bidang perniagaan.
Untuk pengetahuan
Nama YB Ahli Parlimen : YB DATO’ SERI DR. HAJI HILMI BIN HAJI YAHYA
Dewan Undangan Negeri : PULAU BETONG
Nama YB ADUN : YB TUAN HAJI MOHD FARID BIN HAJI SAAD.
Daerah / Jajahan / Bahagian : BARAT DAYA / BALIK PULAU
Nama Pegawai Daerah : TUAN MUHAMMAD YUSUFF BIN WAZIR
Mukim / Daerah : MUKIM J ,DAERAH BARAT DAYA.
Nama Penghulu Mukim : EN. YUSUFF BIN HAMID.
No. Telefon / Faksimili : 019- 4114009
INFO SEJARAH
Kampung ini terbahagi kepada Dua Kawasan , iaitu Kampung Genting Luar ( Mukim J ) dan Kampung Genting Dalam – Lereng Bukit ( Mukim 7 )
Kampung Genting adalah nama yang diambil daripada terbentuknya Dua Kemuncak anak bukit dari gugusan banjaran Bukit Penara yang TERGENTING dianatara satu sama lain ( Lurah / Valey ).
Kampung Genting ini telah diterokai oleh anak cucu TOK TERANG yang mana beliaulah orang pertama sekali yang menerokai Kampung Terang dan Kampung Genting pada tahun 1830an.
Pada awal penerokaan , kampung Genting adalah sebahagian daripada kawasan Kampung Terang. Oleh sebab penduduknya bertambah ramai , petukaran pucuk pemerintahan ( Orang Besar Jajahan ) British dan pertukaran pemimpin yang mentadbirkan Kampung Terang dari masa ke semasa.
Maka dengan persetujuan pucuk pemerintahan Daerah pada ketika itu ( Tahun 1920an ) telah membenarkan Kampung Genting ditadbirkan oleh anak-anak kariahnya sendiri.
Pada tahun 1952. pihak berkuasa- Penghulu Daerah dan Pegawai Daerah , Daerah Barat Daya telah sekali lagi
bermaufakat dan sepakat memecahkan sempadan kawasan kampung Terang dan Kampung Genting.
Bagi melincinkan lagi pentadbiran dan pengurusan kampung-kampung tersebut . Tindakan ini telah mendapat sambutan dan direstui oleh semua anak kariah kedua-dua kampong itu .
Diatas kemuafakatan ,tolenransi dan semagat muhibah diantara satu sama lain sehingga ke hari ini. Maka penduduk Kampung Genting telah mendapat banyak kemudahan asas,bantuan ,subsidi dan tujuk ajar daripada pihak-pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan ,Swasta , orang perseorangan termasuklah YB wakil Rakyaat yang terpilih dari masa kesemasa .
Kesimpulannya , dengan kerjasama yang erat terjalin diantara pucuk pemimpin dengan semua penduduk kampong yang jitu dengan kepimpinan berwawasan sering bertukar ganti secara permuafakatan dan tolenrasi , maka kehidupan harian di Kampung Genting adalah aman, damai , ceria dan muhibah sepanjang zaman.
Terimakasih kepada :-
1. Allahyarham Tuan Haji Othman Bin Jibah
2. Allahyarham Tuan Haji Long Bin Jibah
3. Tuan Haji Karim bin Mat Ros .
4. Penduduk kampung Genting .